Saturday, June 16, 2012

Tajuk: Keburukan Makanan Ringan Kepada Kesihatan

Tajuk: Keburukan Makanan Ringan Kepada Kesihatan
Gunakan formula ICK
Pengenalan
Definisi

Isi

Apakah
Makanan yang  sangat disukai oeh kanak-kanak



Contoh

Nyatakan
Keropok dan kerepek dan gula-gula.  



Kesan

Mengapa
Mudah diperoleh di kedai-kedai .


Makanan ringan   amat disukai oleh kanak-kanak . Contoh makanan ringan ialah keropok,kerepek dan gula-gula.Makanan ringan seperi ini biasanya dijual dengan harga yang amat murah dan mudah diperoleh di mana-mana kedai .

Isi 1:

Isi
Apakah
Pada media cetak dan media elektronik
Contoh
Nyatakan
Surat khabar, papan iklan, dan televisyen
Kesan
Mengapa
Iklan yang disebarkan memperdayakan minda kanak-kanak.
Makanan ringan ini banyak diiklan di  media cetak dan media elektronik . Iklan makanan ringan di surat khabar dan kaca televisyen   mampu mempengaruhi minda kanak-kanak.Iklan yang disebarkan boleh memperdayakan kanak-kanak melalui maklumat yang tidak tepat.
Isi 2

Isi
Apakah
Mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
Contoh
Nyatakan
Pewarna  dan perasa tiruan memeudaratkan kesihatan
Kesan
Mengapa
Boleh merosakkan  sistem saraf seseorang

Makanan ringan ini juga mengandungi bahan kimia yang amat berbahaya. Pewarna dan perasa tiruan yang digunakan di dalamnya juga tidak dijamin selamat dan halal. Oleh itu, makanan ringan boleh memudaratkan kesihatan dan boleh merosakkan sistem saraf seseorang yang memakannya.

 Isi 3:-

Isi
Apakah
Kualiti kebersihan makanan ringan tidak terjamin
Contoh
Nyatakan
Mudah mengalami keracunan makanan
Kesan
Mengapa
Diproses tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan

 Dari segi kesihatan pula, penyediaan makanan tidak terjamin kebersihannya.Oleh itu, kanak-kanak mudah mendapat penyakit yang berbahaya akibat keracunan makanan . Kita juga sering mendengar kes-kes keracunan makanan yang sekarang ini semakin serius. Hal ini kerana, makanan –makanan tersebut tidak diproses mengikut peraturan yang ditetapkan.

Isi 4:-

Isi
Apakah
Cara pembungkusannya yang menarik perhatian
Contoh
Nyatakan
Menawarkan hadiah yang digemari oleh kanak-kanak
Kesan
Mengapa
Hadiah menjadikan makanan ringan laris di pasaran

Di samping itu,pengaruh makanan ringan yang sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana pembungkusannya yang menarik. Tambahan pula,  adamya penawaran  hadiah permainan yang digemari oleh kanak-kanak. Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan makanan ringan sekarang ini semakin laris dijual di pasaran.

Penutup/ Kesimpulan:-

Isi
Apakah
Perlu menegah dan menasihati kanak-kanak daripada memakannya
Contoh
Nyatakan
Kurang baik untuk pembesaran  awal kanak-kanak
Kesan
Mengapa
Menjelaskan keburukan memakan makanan ringan.

-Kesimpulannya, orang dewasa terutama ibu bapa hendaklah  menegah dan menasihati kanak-kanak daripada memakan makanan ringan ,bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Selain itu juga, makanan ringan ini kurang baik untuk tumbesaran awal kanak-kanak.Kesedaran ini perlu disuntik kepada semua ibu bapa  supaya mereka dapat menjelaskan tentang keburukan makanan ringan kepada anak-anak mereka.

_oleh :mystudent-

No comments:

Post a Comment

Post a Comment